Hukum Memakai Kanta Lekap
KANTA LEKAP BERWARNA
SOALAN :
Apakah hukumnya memakai kanta lekap kerana rabun dan bolihkah memakai yang berwarna sebagaimana banyak dipakai olih kaum wanita zaman sekarang?
JAWAPAN :
Berikut saya sertakan fatwa Syeikh Athiyah Saqr Rais Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar berkenaan hukum memakai kanta lekap :
Berkata Syeikh Athiyah Saqr :
“Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta lekap pada matanya mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta lekap juga berfungsi seperti cermin mata.
Maka apa juga hukum yang jatuh pada kaum lelaki (berkenaan hukum kanta lekap) maka hukumnya bersamaan pada kaum wanita. Walau bagaimanapun apabila seorang wanita itu menggunakan kanta lekap untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki maka ia adalah perbuatan yang dilarang.”(Majlis Fatwa Universiti Al-Azhar)
Kesimpulan
Memakai kanta lekap kerana mata yang rabun hukumnya adalah harus sama ada lelaki atau perempuan kerana masuk ia dalam bab berbubat.
Memakai kanta lekap berwarna yang lain dari warna matanya yang biasa dilakukan olih wanita hari ini untuk tujuan berhias dan menunjukkan kecantikkan kepada lelaki ajnabi adalah haram.
wallahua’lam
Sumber: Facebook ustaz azhar idrus
👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDelete